Tanggal 21/11/10 Penetua telah menyampaikan sebuah kotbah yang bertemakan "Kedewasaan Rohani". ( Efesus 4:11-16 )
Tema tersebut mengandungi unsur-unsur seperti berikut:
Pertumbuhan secara konsinsten dalam iman
Konsinsten bermaksud sesuatu yang kita lakukan dengan seimbang atau sama rata. Dalam kehidupan rohani, iaitu orang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus konsinsten dalam iman bermaksud manusia yang berpegang teguh kepada ajaranNYA tanpa adanya sikap keraguan terhadap Yesus adalah Juruselamaat manusia. Dalam Yesus kita diajar untuk mempunyai sikap sepertiNYA, dan tidak terpesong kepada ajaran-ajaran yang menyesatkan manusia. Untuk menjadi manusia yang konsinsten dalam iman, saya dan saudara-saudara haruslah mendekatkan hidup kita kepada Tuhan agar dijauhi daripada perkara-perkara yang menyesatkan kita. Rasul paulus telah mengabarkan kepada penduduk di roma bahawa perbuatan mereka adalah seperti keanak-anakan dan dia mengabarkan kepada mereka bahawa mereka seharusnya bertumbuh dalam iman. Di sini kita dapat rasakan bahawa orang -orang di roma mempunyai iman yang berubah-ubah dan tidak tetap pendirian.
Berpegang teguh kepada apa yang kita percaya ( Tuhan Yesus )
Sebagai orang kristen kita tahu, siapa itu Yesus bukan? Yesus adalah Anak Allah, Allah telah menyerahkan anakNya yang Tunggal untuk membebaskan manusia daripada kutuk nenek moyang kita, bertapa Dia sangat mengasihi kita. Ketika manusia jatuh ke dalam dosa, Dia maha mengampuni bahkan rindu supaya kita masuk ke dalam hadiratnya. Oleh itu, hanya ada satu jalan menuju kepada keselamatan iaitu melalui Yesus. Yoh. 14:6 ( Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa,kalau tidak melalui Aku ). Kita tahu bahawa Yesus mati di kayu salib untuk menebus segala dosa manusia iaitu sebelum kedatangan Anak Manusia ke dunia semua manusia berada di bawah kutuk nenek moyang kita iaitu ketika manusia pertama jatuh ke dalam dosa melalui adam dan hawa. Kerana cintaNYA begitu besar terhadap manusia Allah telah mengeruniakan anakNYA yang tunggal melalui Yesus. Yoh 3:16 ( Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini sehingga Ia telah mengeruniakan Anak yang Tunggal supaya setiap orang yang percaya kepadaNYA tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal ). Tetapi Yesus bukan mati bukan kerana Dia berdosa tetapi mati bagi dosa manusia, namun Dia bangkit kembali dari kematian setelah menumpahkan darahNya kepada kita. Betapa ajaibnya kebangkitan yang ada pada Yesus.
Memiliki Pertumbuhan Rohani yang Mantap
Pertumbuhan Rohani bermaksud hidup kita sentiasa mendekatkan hidup kita kepada Tuhan untuk menjadikan kita 1 tubuh dalam Kristus. Pertumbuhan Rohani amat penting dalam hidup kita, tanpa pertumbuhan rohani kita senang digoda dengan pelbagai macam percobaan yang akan menjatuhkan kita ke dalam dosa. Dosa membawa kita kepada penghukuman dan menuju kepada kematian yang kekal. Untuk memiliki pertumbuhan Rohani secara mantap, seharusnya kita sentiasa bersikap positif dari segi pemikiran dan emosi.
Berpegang Teguh Kepada Firman Tuhan
Berpegang teguh kepada firman Tuhan bermaksud mejauhi sikap duniawi ( hidup yang bertentangan dengan firman Tuhan ). Untuk menjadi manusia yang teguh dalam firman Tuhan, doa adalah amat penting untuk selalu mendekatkan diri kita kepadaNya. Di sini kita dapat berkomunikasi secara peribadi dengan Yesus dan menyatakan bertapa kita perlu perlindungan daripadaNya setiap saat. Kita juga sentiasa bersyukur dalam segala hal tidak kira dalam dukacita mahupun sukacita. Kerana semuanya itu ada hikmah disebaliknya. Selain itu kita seharusnya selalu membaca firman Tuhan untuk mengetahui apa seharusnya kita lakukan sesuai dengan firmanNya dan apa yang kita tidak seharusnya lakukan. Dengan itu juga membaca firman Tuhan juga menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Bagi menjadikan hidup kita lebih teguh dalam iman, sentiasalah bersikap positif dalam segala hal.
Oleh itu marilah saya dan saudara selalu mendekatkan hidup kita kepada Tuhan Yesus Kristus untuk memiliki hidup yang sempurna dalam pemberkatanNya, penjagaanNya dan hidup yang penuh kemuliaan dalam hadiratNya. AMIN