BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 22, 2010

KOTHBAH PENATUA 22/08/2010

Apakah maksud 3P?

Pada tanggal 22/08/2010, Penatua Gereja telah menyampaikan khotbah berkenaan dengan persepuluhan iaitu mempersembahan 10% hasil kita kepada Tuhan. Inilah maksudnya;

1/ Persembahkanlah jiwa, roh, dan tubuhmu untuk kemuliaan Tuhan 2/ Persembahkanlah kepandaian dan kepintaranmu untuk kemuliaaan Tuhan 3/ Persembahkanlah hartamu dan hasil perkerjaanmu untuk kemuliaan Tuhan

Jelaslah bahawa manusia sering terlupa keberhasilan yang mereka miliki selama ini adalah hasil pemberian Tuhan, tapi mengapa manusia sukar untuk memberi kepadaNYA sebahagian daripada milik kita? sedangkan mengucap syukur kepadaNYA pun tidak sama sekali diucap. Siapalah kita tanpa pertolonganNYA? apakah kita berhasil tanpa pertolongaNYA? siapakah yang memberi kita sukacita apabila kita bersedih?bukankah kita perolehi penghiburan daripadaNYA? Jadi mengapa kita tidak memberi apa yang diinginiNYA oleh kita? hanya 10% hasil kita yang diinginiNYA tetapi cukupkah itu untuk membalas segala pengorbanaNYA terhadap manusia? Sememangnya segala pengorbanan yang diberikan Tuhan Yesus kepada kita tidak dapat dibalas oleh apapun kerana DIA lah empunya segala-galanya. Apa yang kita miliki selama ini adalah milik Tuhan. Keluarga, teman-teman, rumah, kereta, laptop, binatang peliharaan dan sebagainya. Bukankah itu semua milik Tuhan yang diberikan kepada kita? Dia berhak merampas semua itu jika DIA inginkaNYA, tetapi oleh kerana belas kasihanNYA terhadap manusia TUHAN tetap memberikan kepada kita kerana Tuhan sangat mengasihi kita.
Pembelajaran Bible: Im 27:30 Mal 3:8-10 mat 23:23 Luk 11:42
Ibr 7:5-9

Bila memberi berilah dengan sukacita tanpa keraguan...Semoga Rahmat Tuhan Melimpah dalam hidup Saudara-saudara sekalian..AMEN!







0 comments: