BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 21, 2010

Khotbah Rohani

Tanggal 21/11/10 Penetua telah menyampaikan sebuah kotbah yang bertemakan "Kedewasaan Rohani". ( Efesus 4:11-16 )



Tema tersebut mengandungi unsur-unsur seperti berikut:

  • Pertumbuhan secara konsisten dalam iman

  • Berpegang teguh kepada apa yang kita percaya ( Tuhan Yesus )
  • Memiliki pertumbuhan Rohani yang mantap

  • Berpegang teguh kepada Firman Tuhan

Pertumbuhan secara konsinsten dalam iman

Konsinsten bermaksud sesuatu yang kita lakukan dengan seimbang atau sama rata. Dalam kehidupan rohani, iaitu orang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus konsinsten dalam iman bermaksud manusia yang berpegang teguh kepada ajaranNYA tanpa adanya sikap keraguan terhadap Yesus adalah Juruselamaat manusia. Dalam Yesus kita diajar untuk mempunyai sikap sepertiNYA, dan tidak terpesong kepada ajaran-ajaran yang menyesatkan manusia. Untuk menjadi manusia yang konsinsten dalam iman, saya dan saudara-saudara haruslah mendekatkan hidup kita kepada Tuhan agar dijauhi daripada perkara-perkara yang menyesatkan kita. Rasul paulus telah mengabarkan kepada penduduk di roma bahawa perbuatan mereka adalah seperti keanak-anakan dan dia mengabarkan kepada mereka bahawa mereka seharusnya bertumbuh dalam iman. Di sini kita dapat rasakan bahawa orang -orang di roma mempunyai iman yang berubah-ubah dan tidak tetap pendirian.

Berpegang teguh kepada apa yang kita percaya ( Tuhan Yesus )


Sebagai orang kristen kita tahu, siapa itu Yesus bukan? Yesus adalah Anak Allah, Allah telah menyerahkan anakNya yang Tunggal untuk membebaskan manusia daripada kutuk nenek moyang kita, bertapa Dia sangat mengasihi kita. Ketika manusia jatuh ke dalam dosa, Dia maha mengampuni bahkan rindu supaya kita masuk ke dalam hadiratnya. Oleh itu, hanya ada satu jalan menuju kepada keselamatan iaitu melalui Yesus. Yoh. 14:6 ( Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa,kalau tidak melalui Aku ). Kita tahu bahawa Yesus mati di kayu salib untuk menebus segala dosa manusia iaitu sebelum kedatangan Anak Manusia ke dunia semua manusia berada di bawah kutuk nenek moyang kita iaitu ketika manusia pertama jatuh ke dalam dosa melalui adam dan hawa. Kerana cintaNYA begitu besar terhadap manusia Allah telah mengeruniakan anakNYA yang tunggal melalui Yesus. Yoh 3:16 ( Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini sehingga Ia telah mengeruniakan Anak yang Tunggal supaya setiap orang yang percaya kepadaNYA tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal ). Tetapi Yesus bukan mati bukan kerana Dia berdosa tetapi mati bagi dosa manusia, namun Dia bangkit kembali dari kematian setelah menumpahkan darahNya kepada kita. Betapa ajaibnya kebangkitan yang ada pada Yesus.




Memiliki Pertumbuhan Rohani yang Mantap


Pertumbuhan Rohani bermaksud hidup kita sentiasa mendekatkan hidup kita kepada Tuhan untuk menjadikan kita 1 tubuh dalam Kristus. Pertumbuhan Rohani amat penting dalam hidup kita, tanpa pertumbuhan rohani kita senang digoda dengan pelbagai macam percobaan yang akan menjatuhkan kita ke dalam dosa. Dosa membawa kita kepada penghukuman dan menuju kepada kematian yang kekal. Untuk memiliki pertumbuhan Rohani secara mantap, seharusnya kita sentiasa bersikap positif dari segi pemikiran dan emosi.




Berpegang Teguh Kepada Firman Tuhan


Berpegang teguh kepada firman Tuhan bermaksud mejauhi sikap duniawi ( hidup yang bertentangan dengan firman Tuhan ). Untuk menjadi manusia yang teguh dalam firman Tuhan, doa adalah amat penting untuk selalu mendekatkan diri kita kepadaNya. Di sini kita dapat berkomunikasi secara peribadi dengan Yesus dan menyatakan bertapa kita perlu perlindungan daripadaNya setiap saat. Kita juga sentiasa bersyukur dalam segala hal tidak kira dalam dukacita mahupun sukacita. Kerana semuanya itu ada hikmah disebaliknya. Selain itu kita seharusnya selalu membaca firman Tuhan untuk mengetahui apa seharusnya kita lakukan sesuai dengan firmanNya dan apa yang kita tidak seharusnya lakukan. Dengan itu juga membaca firman Tuhan juga menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Bagi menjadikan hidup kita lebih teguh dalam iman, sentiasalah bersikap positif dalam segala hal.


Oleh itu marilah saya dan saudara selalu mendekatkan hidup kita kepada Tuhan Yesus Kristus untuk memiliki hidup yang sempurna dalam pemberkatanNya, penjagaanNya dan hidup yang penuh kemuliaan dalam hadiratNya. AMIN

Tuesday, August 31, 2010

1kor 10:13



Percobaan-percobaan yang kamu alami ialah percobaan-percobaan biasa, yang tidak melebihi kekuatan manusia. Sebab Allah setia dan kerana itu Ia tidak akan membiarkan kamu dicobai melampaui kekuatanmu. Pada waktu kamu dicobai Ia akan memberikan kepadamu jalan ke luar, sehingga kamu dapat menanggungnya.



Sepanjang perjalanan hidup manusia, banyak percobaan-percobaan yang menimpa manusia, suka dan duka yang kita alami semuanya bermakan bagi hidup kita, ketika sesuatu yang sukar bagi kita untuk menanggungnya, tidak bermakan kita akan tewas kerana ada tertulis dalam firman Tuhan (1kor 10:13). Jadi kita tidak seharusnya mengalah malah lebih yakin dan sukacita bahawa Yesus ada sentiasa bersama-sama dengan kita kerana Dia amat mengasihi kita. Memang sukar untuk bersukacita ketika kita berada dalam situasi yang sukar, tapi percayalah bahawa disini lah kita dapat membangunkan iman kita untuk menghadapi segala macam dugaan. Pasti kita yang percaya kepada Yesus dapat menghadapi segala macam dugaan BUKAN? Hanya berdoa KepadaNYA meminta belas kasihan, agar diberikanNYA kepada kita jalan keluar dari segala masalah yang menimpa dalam hidup kita.

Hayatilah lirik ini dengan merendahkan hati kita

Hidup mu bermakna bagi Allah

Tak ada yang tak berkenaan di hadapanNya

Dia ciptakan kau s'trut gambarNya

Sungguh terlalu indah kau bagi Dia
Dia berikan kasihNya bagi kita
Dia t'lah relakan segala-galanya
Dia disalib tuk tebus dosa kita
K'rna hidupmu sangat la berharga
Bulu yang terkulai
Takkan dipatahkanNya
Dia kan jadikan indah
Sungguh lebih berharga
Sumbu yang t'lah pudar
Takkan di padamkan Nya
Diakan jadikan terang
untuk kemuliaanNya

Monday, August 23, 2010

Kisah ini diambil di ForumKristen

"Mungkin banyak yang dengar lagu sentuh hatiku, yang dinyanyikan oleh Maria
Shandy.

Akan tetapi dibalik lagu itu ternyata ada sebuah kisah yang luar biasa.

Pencipta lagu ini adalah seorang anak Tuhan,

Kisah didalam lagu itu adalah milik teman sekolahnya.

Temannya itu diperkosa oleh ayahnya sendiri dan menjadi gila, sehingga harus
dipasung(dirantai) dirumahnya.

Ia suka datang dan mendoakan anak itu sambil sesekali menulis lirik lagu..

waktu pun berlalu...

Diapun pindah kota dan mulai sibuk dengan kegiatannya sendiri. Suatu ketika
anak perempuan itu menelpon dia.

Tentu saja kaget bukan main, krn anak itu kan gila. dipasung pula? kok skrg
bisa lepas? telp pula?

Akhirnya anak perempuan itu cerita,

suatu hari entah karena karat atau bagaimana rantainya lepas. Satu hal yang
langsung dia ingat, dia mau bunuh bapaknya!

Tetapi saat dia bangun, ia melihat Tuhan YESUS dengan jubah putihnya,
berkata :
"Kamu harus maafin papa kamu."

Tetapi anak itu ga bisa dan dia terus menangis, memukul, dan berteriak..

Sampai akhirnya Tuhan memeluk dia dan berkata : "Aku mengasihimu"

Walaupun bergumul akhirnya anak itupun memaafkan papanya, mereka sekeluarga
menangis dan boleh kembali hidup normal.

Dari situ lah lagu sentuh hatiku ditulis,

*betapa ku mencintai segala yang telah terjadi*

*tak pernah sendiri, selalu menyertai*

*betapa kumenyadari didalam hidupku ini..*

*kau selalu memberi rancangan terbaik oleh karena kasih*

*Bapa sentuh hatiku, ubah hidupku, menjadi yang baru*

*Ajarku mengerti sebuah kasih yang selalu memberi..*

*KasihMu ya Tuhan tak pernah berhenti..*


Kisah diatas sungguh2 terjadi, semoga bisa menginspirasi kita agar bisa
merasakan kasih Tuhan yang luar biasa.."


Betapa ku mencintai segala yang terjadi,

Tak pernah sendiri jalani hidup ini selalu menyertai,


Betapa ku menyedari di dalam hidup ku ini,


KAU s'lalu memberi rancangan terbaik,


oleh kerana kasih

BAPA sentuh hatiku Ubah hidupku,
Menjadi yang baru bagai emas yang murni,

KAU membentuk bejana hatiku,
BAPA ajar ku mengerti sebuah kasih,
Yang selalu memberi bagai air mengalir,

Yang tiada pernah berhenti.

Sunday, August 22, 2010

KOTHBAH PENATUA 22/08/2010

Apakah maksud 3P?

Pada tanggal 22/08/2010, Penatua Gereja telah menyampaikan khotbah berkenaan dengan persepuluhan iaitu mempersembahan 10% hasil kita kepada Tuhan. Inilah maksudnya;

1/ Persembahkanlah jiwa, roh, dan tubuhmu untuk kemuliaan Tuhan 2/ Persembahkanlah kepandaian dan kepintaranmu untuk kemuliaaan Tuhan 3/ Persembahkanlah hartamu dan hasil perkerjaanmu untuk kemuliaan Tuhan

Jelaslah bahawa manusia sering terlupa keberhasilan yang mereka miliki selama ini adalah hasil pemberian Tuhan, tapi mengapa manusia sukar untuk memberi kepadaNYA sebahagian daripada milik kita? sedangkan mengucap syukur kepadaNYA pun tidak sama sekali diucap. Siapalah kita tanpa pertolonganNYA? apakah kita berhasil tanpa pertolongaNYA? siapakah yang memberi kita sukacita apabila kita bersedih?bukankah kita perolehi penghiburan daripadaNYA? Jadi mengapa kita tidak memberi apa yang diinginiNYA oleh kita? hanya 10% hasil kita yang diinginiNYA tetapi cukupkah itu untuk membalas segala pengorbanaNYA terhadap manusia? Sememangnya segala pengorbanan yang diberikan Tuhan Yesus kepada kita tidak dapat dibalas oleh apapun kerana DIA lah empunya segala-galanya. Apa yang kita miliki selama ini adalah milik Tuhan. Keluarga, teman-teman, rumah, kereta, laptop, binatang peliharaan dan sebagainya. Bukankah itu semua milik Tuhan yang diberikan kepada kita? Dia berhak merampas semua itu jika DIA inginkaNYA, tetapi oleh kerana belas kasihanNYA terhadap manusia TUHAN tetap memberikan kepada kita kerana Tuhan sangat mengasihi kita.
Pembelajaran Bible: Im 27:30 Mal 3:8-10 mat 23:23 Luk 11:42
Ibr 7:5-9

Bila memberi berilah dengan sukacita tanpa keraguan...Semoga Rahmat Tuhan Melimpah dalam hidup Saudara-saudara sekalian..AMEN!







Wednesday, August 18, 2010


God will make a way


"God will make a way where there seem to be no way He works in way we cannot see He will make a way for me He will be my guide hold me closely to His side with love and strengh for each new day He will make a way".


Jesus thank for care about my self, nothing can i do for You except my life.






Sesiapa mengalami jalan hidup yang penuh kehampaan, sakit hati, menganggap hidup tidak bererti, rasa dikhianati, gagal dalam sesuatu perkara walaupun sudah berusaha, jangan biarkan hidup anda terus jatuh dan putus asa, tetapi datanglah kepada Yesus Kristus kerana DIAlah jalan kebenaran dan hidup yang memberi kelegaan, ketenangan hati dan memberi hidup anda lebih bererti penuh dengan sukacita yang kekal.



Buluh yang terkulai takkan dipatahkanNYA,

DIA jadikan indah sungguh lebih bererti,

Sumbu yang t'lah pudar takkan dipadamkanNYA,

DIA jadikan terang untuk kemuliaanNYA.

Thursday, July 1, 2010

Janji seperti fajar


Ketika ku hadapi kehidupan ini
Jalan mana yang harus ku pilih
Ku tahu ku tak mampu
Ku tahu ku tak sanggup
Hanya Kau Tuhan tempat jawapanku

Aku pun tau ku tak pernah sendiri
S'bab Engkau Allah yang mengendongku
TanganMu membelai ku
CintaMu memuaskan ku
Kau mengangkat ku ke tempat yang tinggi




JanjiMu s'perti fajar pagi hari
Yang tiada pernah terlambat bersinar
CintaMu s'perti sungai yang mengalir
Dan ku tau bertapa dalam KasihMu

Tuesday, March 23, 2010

HATI SEBAGAI HAMBA


Ku tak membawa apapun juga


saatku datang ke dunia


ku tinggal s'mua pada akhirnya


saatku kembali ke surga



inilah yang ku punya


hati s'bagai hamba


yang mau taat dan setia


padaMu Bapa




ke mana pun ku bawa


hati yang menyembah


dalam roh dan kebenaran


sampai s'lamanya